Mei 11, 2017

Bantuan Kewangan Awal Persekolah 2017

Pada 31 Mac yang lalu, Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Awal Persekolahan (BKAP) telah selesai dilaksanakan. Bertempat di dewan sekolah, sejumlah ibubapa dan penjaga yang layak dan mencukupi syarat telah dijemput untuk menerima bantuan ini.

Puan Fatimah Bt Arabian, guru besar SKTR telah berbesar hati menyampaikan bantuan tersebut. Senarai penerima yang berada di dewan dipastikan telah mendaftar terlebih dahulu untuk menerima bantuan tersebut. Pendaftaran dibuat di bahagian belakang dewan iaitu kaunter pendaftaran mengikut kelas dn diselia oleh guru kelas terlibat.

Majlis tamat sekitar jam 12.30 tengah hari.

Foto sekitar majlis:


Kaunter pendaftaran mengikut kelas

Antara kaum ibu yang menerima bantuan

Tn Hj Najib juga ada

Suasana majlis

Antara ibubapa / penjaga yang hadir


Sabar menanti giliran

Barisan pentadbir sekolah