Produk Milo di bawah jenama syarikat Nestle Sdn Bhd telah berkunjung ke SK Teluk Ru pada 20 April yang lalu. Produk Milo sentiasa merentasi sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi menjalankan aktiviti sumbangan sosialnya berupa sumbangan air minuman Milo yang sedap dan bertenaga.
Namun pada kali ini, terdapat sedikit kelainan. Satu aktiviti ringkas senam robik ataupun aerobik dipohon oleh pihak Nestle bagi mengisi aktiviti slot kesihatan dan akan didokumentasikan di peringkat mereka. Tema senaman adalah bebas dan masa yang diberi selama 20 minit. Selepas bersenam, barulah minuman milo percuma akan diedarkan kepada murid-murid. Lebih menarik lagi, pada kali ini 2 pek milo "3 in 1" juga diberikan kepada setiap orang murid. Ia dibungkus dengan aktiviti mewarna gambar dan info kesihatan.
Senaman aerobik telah diketuai oleh Pn Sharizan yang terkenal di sekolah ini kerana beliau aktif dalam aktiviti bersenam sehingga ke peringkat daerah bersama pasukan beliau.
Terima kasih kepada pihak MILO kerana sudi singgah di sekolah kami. Semoga kita akan terus berkolaborasi dalam kerjasama seperti ini pada masa akan datang. Jika tidak silap tahun 2014 lori MILO pernah datang 2 kali setahun.
Milo best !!
Lihat gambar semangat Milo di bawah :
Footage instructor
Dah penat dapat Milo free
Teknik helang terbang
Keseronokan yang tergambar
Macam dah letih sangat
Bersama bergerak mengikut lagu
Helang menjunam
Gembira dan hilang dahaga
Bertepuk tangan
Sesi cool down
Model Milo tak rasmi :)
Ikut yang depan ye
Buat bentuk hati
Minum milo sejuk memang sedap
Zumba time !!
Milo sedap katanya
Macam dah penat je tu
Teknik unggas hinggap di daun
Dapat Milo sejuk dengan goodies !
Teknik helang mendongak
Bersedia untuk bersenam
Ceria di pagi hari
Persediaan sebelum bersenam