Mei 15, 2017

Perkhemahan Unit Beruniform 2017

Pada 5 dan 6 Mei yang lalu, satu program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah diadakan di SKTR. Program ini melibatkan seluruh murid tahap 2 dan juga murid PPKI yang berjumlah 51 orang. Namun begitu kehadiran mencatatkan seramai 46 orang penyertaan. Program ini adalah kesinambungan perkhemahan saban tahun dan di bawah unit ko-kurikulum. 

Antara pengisian yang dilaksanakan pada perkhemahan pada kali ini ialah mendirikan khemah secara berpasukan, kawad kaki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berjalan Malam, Ujian Ketahanan Emosi, Sesi tazkirah, Senamrobik, Running Men, Ikhtiar hidup (masakan ringkas cara hutan) dan juga permainan ringkas.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pada perkhemahan pada kali ini. Tidak lupa juga kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Sabak Bernam kerana sudi berkongsi ilmu kawad kepada peserta perkhemahan. Semoga kerjasama ini terus utuh sehingga pada masa akan datang. 

SKTR terbaik !!

Foto sekitar perkhemahan:

Suasana tapak perkhemahan

T/Kem komandan yang garang

Membaca ikrar 

Cikgu Khalek - Slot Ikhtiar hidup

Tugasan sedang diberikan

Memasak guna bara

Puan Salasiah (PK1) menyampaikan sijil kepada pihak Bomba

Gambar Kenangan bersama Jabatan Bomba Sabak Bernam

Masak Roti Lilit - sedap tau


Pegawai bomba sedang melatih kawad

Mendengar penerangan

Murid mendengar cerita dan pengalaman ahli bomba

Cikgu-cikgu berehat seketika 

Senam pagi

Senamrobik di pagi hari

Masa untuk sarapan

Adam kelaparan

Makan pagi bersama-sama

PIC : Cikgu Annas

Sesi taklimat Running Men

Murid bersemangat hadapi cabaran

Cikgu Annas menyerahkan tanda nama kumpulan

menyerahkan Tanda nama kumpulan
Iron Girl - Peserta Terbaik (Perempuan)

Hadiah kumpulan

Cikgu Mat Isa menyampaikan sijil penyertaan

Tahniah semua

Wakil kumpulan

Kumpulan Da Best

Iron Boy - Peserta terbaik (Lelaki)