Mei 29, 2017

Pra Sekolah : Pertandingan Mewarna Kolej Komuniti Sabak Bernam

Satu Pertandingan mewarna telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 23 Mei 2017. Pertandingan ini terbuka dan SKTR telah menghantar murid Pra sekolah untuk menyertai kategori A iaitu murid berumur 4 hingga 6 tahun. Pertandingan ini diadakan sempena Hari Usahawan Muda KKSB yang mana bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada para penuntut kolej mempraktikkan ilmu perniagaan yang telah ditimba.

Alhamdulillah 3 orang murid pra SKTR berjaya membawa pulang hadiah berupa set alat tulis. Semoga kecemerlangan ini berterusan kepada semua murid-murid sekolah.

Tahniah kepada para pemenang. Tidak lupa juga kepada guru pra yang melatih murid dan mengiringi mereka ke tempat pertandingan. Keep it up !!

Foto :

Peserta pra yang terlibat

Pamplet Pertandingan

Tahniah

Tahniah

Tahniah