Semua guru dan kakitangan telah diberikan taklimat dan murid juga telah dimaklumkan akan prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi, kecuali waktu pelaksanaan dirahsiakan supaya murid peka dan dalam keadaan berwaspada. Program ini dikendalikan oleh unit keselamatan di bawah Unit HEM. Apa yang ditekankan pada latihan kali ini ialah :
1. Murid sedar akan prosedur keselamatan
2. Murid mengetahui laluan kecemasan dan kawasan berkumpul
3. Murid dapat mengenalpasti bunyi loceng kecemasan
4. Murid tidak panik ketika bergerak
5. Murid mematuhi arahan guru ketika berkumpul
Semoga dengan latihan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua biarpun ada kekurangan, ia perlu ditambahbaik pada latihan kedua nanti. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Foto :
Murid berkumpul mengikut kelas
Guru mengawasi pergerakan murid
Penerangan oleh ketua keselamatan
Guru menanda bilangan murid
Murid dalam keadaan waspada
En Mat Isa (PK HEM) memberi respon
Ketua keselamatan, Cikgu Ashraf memberi
maklumbalas
Taklimat sebelum hari latihan
Penerangan laluan kecemasan (hari sebelum)
Cara pelaporan kepada ketua