Mei 29, 2017

Gotong Royong Ukhwah 2017

Pada 13 Mei yang lalu, satu program gotong royong telah diadakan.  Program pada kali ini diberi nama Program Gotong Royong Ukhwah yang mana melibatkan warga sekolah dan juga para ibubapa/penjaga yang berkelapangan. Antara kawasan yang diberi tumpuan ialah kawasan hadapan sekolah, perpustakaan, kawasan surau dan kawasan taman kolam ikan. Tembok sekolah juga dicat dan kawasan sekitarnya dibersihkan. Pembersihan juga dibuat dengan membuang pelepah pohon pinang, sampah-sampah halaman dan juga menceriakan pokok bunga.

Semua guru dan ibubapa bergerak mengikut kawasan kerja masing-masing mengikut jadual dalam helaian yang diberikan. Juga telah dimaklumkan semasa taklimat ringkas di dewan oleh Cikgu Shukri.

Semoga dengan kerjasama antara warga sekolah dan ibubapa/penjaga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Diharapkan juga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang selagi mana memberikan impak yang positif kepada sekolah khususnya dan juga kepada masyarakat sekitar amnya.

Foto program :