Mei 29, 2017

Sambutan Hari Guru 2017

Pada 16 Mei yang lalu, acara sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Program ini dikendalikan di bawah Unit ko-kurikulum dengan kerjasama AJK PIBG. Tema sambutan pada kali ini adalah bersesuaian dengan profesion bidang guru iaitu pakaian rasmi kerja. Tentatif yang dijalankan adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Ucapan watikah daripada KPM dibacakan kepada semua guru agar sentiasa nerkhidmat dengan penuh iltizam dan kesungguhan, selain menerbitkan perasaan ikhlas ketika mendidik anak bangsa.

Tidak kurang juga acara sukaneka yang diadakan iaitu acara balingan kasih sayang dan juga belon beracun. Tidak lupa juga acara keramat iaitu acara tukar-tukar hadiah antara guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Dan persembahan nyanyian oleh guru-guru dan juga anak murid. Selain itu pertandingan kelim kulit karipap juga diadakan. Memang mencabar dan seronok aktiviti ini. Dapat juga belajar cara kelim karipap. Terbaik.
Memandangkan hari hujan, sukaneka tersebut dibuat di dalam dewan sahaja dan penyertaan daripada semua insan yang bergelar guru adalah wajib. 

Semoga dengan sambutan Hari Guru ini, semua guru SKTR akan terus berkhidmat dengan cemerlang dalam menyusuri gelombang cabaran mendidik anak bangsa dan sentiasa berfikiran positif. Semoga dapat bertugas dengan keadaan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari perkara negatif. 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan pada kali ini. Terima kasih dan terima kasih.

Foto :

Cikgu Anas sebagai koordinator sukaneka

bersedia untuk sukaneka


Permainan belon beracun

Murid turut serta memeriahkan program

Emcee majlis oleh Ust Fauzi

Bacaan doa oleh Ust Mustain

Pn Anona membacakan watikah

Antara guru wanita

Mendengar watikah dibacakan

Ucapan oleh Tn Hj Najib, YDP PIBG


Puan Fatimah menerima sumbangan kek daripada
En Zamri Penyelaras PKM Sg Air Tawar

Nyanyian yang diketuai oleh Pn Fatimah




Antara kek hari gur yang diterima


Final Belon beracun




Balingan kasih sayang 


Berehat seketika di kantin

Karipap gergasi

Pertandingan Kelim karipap - Seronok lah

Baru belajar kelim karipap

Peratndingan yang sengit ni

Kumpulan Biru

Kumpulan merah

Acara potong kek



Uli kulit karipap

Meriah sungguh




Selamat Hari Guru


Selfie bersama

Kenangan hari guru

Acara potong kek

Semua kek sedap - Terima kasih para penyumbang


Hadiah daripada PIBG

Hadiah daripada PIBG

Pemenang belon beracun

Pn Fatimah menyampaikan hadiah



Pn Fatimah menyampaikan hadiah bagi pertandingan misteri
"Pen marker terpakai"






Acara tukar hadiah

Acara tukar hadiah