Mei 29, 2017

Taklimat Pengurusan Aset

Satu sesi Ladap Aset telah diadakan pada 24 Mei 2017 bertempat di makmal komputer SKTR. Ladap pada kali ini dijalankan sebagai satu keperluan takwim tahunan dan juga sebagai satu proses percambahan ilmu yang baru dan juga sedia ada, baik kepada guru mahupun kakitangan sekolah. Penceramah jemputan yang diundang bagi slot pada kali ini ialah En Hairi iaitu pesara Unit Aset PPD Sabak Bernam dan juga pernah berkhidmat di Jabatan Pendidikan Selangor selama 23 tahun.

Beliau merupakan personel yang banyak pengalaman dalam bidang aset dan tidak lokek dalam berkongsi imlu dan kemahirannya. Biarpun bersara, beliau masih bergiat aktif dalam memberikan khidmat bantu kepada unit Aset PPDSB (Kursus Aset Pegawai Baru), kepada mana-mana sekolah yang memerlukan dan juga dalam bidang ICT.

Beliau menyampaikan isi-isi penting dalam pengurusan aset melalui Nota Powerpoint dan juga contoh helaian kerja (latihan bertulis). Banyak input yang dikongsikan dan banyak juga persoalan yang terungkai apabila pertanyaan diajukan. Sememangnya beliau seorang yang berpengetahuan.

Semoga dengan dapatan Ladap ini dapat membantu pihak sekolah dalam menguruskan aset dengan mengikut garis panduan tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

"Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul".

Jutaan ucapan terima kasih buat En. Hairi yang sudi memberikan taklimat pengurusan aset.

Foto :

En Hairi menyampaikan taklimat