Mei 29, 2017

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat merupakan program yang dilaksanakan mengikut penggal. Bagi penggal 1, ia telah dilaksanakan pada 3,4 dan 5 Mei yang lalu. Kem ini melibatkan murid T1,T2,T3 dan juga murid PPKI. Panitia Pendidikan Islam mengambil sepenuhnya peranan dalam kem ini dengan khidmat bantu guru-guru yang berkelapangan (waktu senggang). 

Tujuan kem ini diadakan adalah meningkatkan amalan solat di kalangan murid dari aspek persediaan diri (bersihkan diri, wuduk) hinggalah solat dan salam. Perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan solat juga diterangkan dalam kem ini. Semasa di kelas, murid hanya belajar teori. Bila di rumah, membuat amali sendiri. Dan dalam kem ini segala teori dan amalan diberikan tunjuk ajar sewajarnya supaya kesilapan kecil dapat dielakkan. Seterusnya murid dapat mendirikan solat dengan yakin dan bersih.

Terima kasih diucapkan kepada para ustaz dan ustazah panitia Pendidikan Islam kerana menyediakan ruang dan peluang kepada murid SKTR mempelajari solat dengan sempurna. Semoga keikhlasan para ustaz dan ustazah dibalas setimpal oleh Allah SWT. Aamin.

Foto :

Ustaz Suhaili membantu murid meratakan air wuduk

Ust Fauzi menerangkan kepentingan solat

Murid perempuan memberi tumpuan

Siapa tak faham boleh tanya

Murid mengambil wuduk sambil dipantau

Murid perempuan mengambil wuduk

Ustazah Nasripah memantau murid perempuan