Jun 09, 2017

Terima Kasih Pn Salasiah, Selamat Bertugas Cikgu Kamal


Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pn Salasiah Bt Ahmad, PK1 SKTR di atas khidmat bakti beliau selama menjalankan tugas selaku Penolong Kanan Pentadbiran sekolah. Atas dasar keperluan perkhidmatan, beliau telah ditukarkan ke SK Seri Makmur Sg Besar berkuatkuasa 1 Jun 2017 dengan memegang portfolio yang sama.

Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga jasa bakti yang telah dicurahkan di SKTR dihalalkan dan hanya Allah jualah yang dapat menbalas jasa beliau. Selamat bertugas di tempat baru dan bersama rakan-rakan baharu.



Pada 1 Jun juga, PPD telah menghantar seorang pegawai sebagai ganti Pn Salasiah iaitu En Ahmad Kamal Bin Sidik daripada SK Batu 38 Sabak Bernam. Beliau akan memegang portfolio PK1 yang baharu di SKTR. Tahniah di atas perlantikan tersebut dan selamat bertugas buat Cikgu Kamal. Semoga SKTR terus cemerlang gemilang dan terbilang di bawah barisan pentadbir yang terkini.