Jun 21, 2017

Majlis Khatam Al-Quran

Pada 19 Jun lepas, Unit Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Majlis bermula jam 11.00 pagi dan bertempat di surau Ar-Raudhah. Program ini melibatkan semua murid dan juga guru-guru. 

Majlis khatam Al-Quran yang diadakan saban tahun ini adalah bagi meraikan khatam Quran sempena aktiviti bertadarus di peringkat sekolah. Semua murid dan guru dilibatkan secara langsung dalam aktiviti tadarus tidak kira di sekolah ataupun di rumah bagi meniupkan roh Ramadhan dan mendapat ganjaran pahala yang banyak daripada Allah SWT.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar hingga tamat. Di sini pihak sekolah merakankan ribuan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang bersama. Semoga kita semua beroleh rahmat dan syafaat daripada Allah SWT. Insya Allah.

Foto sekitar program :

Mendengar bacaan Al-Quran

Majlis bermula

Sebahagian murid

Bacaan diketuai oleh Ust Mustain

Murid khatam lelaki

Murid khatam perempuan

Sebahagian murid perempuan

Ucapan daripada GB

Tazkirah ringkas