SKTR telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang menerima sumbangan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Malaysia Cawangan Sabak Bernam. Persatuan ini merupakan persatuan berdaftar dan dipengerusikan oleh Pn Saleha Bt Yaakob dan Timbalan pengerusinya pula ialah Pn Hjh Samsiah Bt Dato Jamaludin (mantan Ketua PPDSB).
Persatuan ini digerakkan atas dasar memberikan khidmat sumbangan sosial di kalangan guru-guru dan staf sekolah ataupun pegawai kerajaan yang lain. Ini seperti lawatan dan sumbangan buat pegawai yang sakit, keraian anak pegawai yang cemerlang, sumbangan sosial buat sekolah-sekolah terpilih dan pelbagai lagi.
Pada kali ini, seramai 4 orang murid yang kurang bernasib baik telah menerima sumbangan berbentuk basikal. Sebanyak 4 buah basikal diperuntukkan untuk tujuan ini. Sumbangan diserahkan kepada penerima melalui satu majlis ringkas pada 13 Jun 2017.
Pihak SKTR merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Malaysia Cawangan Sabak Bernam di atas kesudian memilih sekolah ini untuk menerima sumbangan tersebut. Semoga kerjasama ini akan terus terjalin pada masa akan datang.
Foto sekitar majlis :
Majlis bermula
Foto penerima pertama
Penerima basikal
Ucapan oleh Pn Saleha Bt Yaakob