Jun 22, 2017

Majlis Sumbangan Hari Raya 2017 + Majlis Perpisahan Cikgu Annas

Pada 22 Jun, SKTR telah mengadakan majlis Sumbangan Hari Raya 2017. Sumbangan ini bertujuan menyalurkan bantuan kewangan bagi murid-murid yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari lebaran nanti. Seramai 48 orang murid penerima telah disenaraikan. Murid-murid ini merupakan murid miskin dan pendapatan per kapita keluarga di bawah RM900.

Semua guru dan murid mengambil tempat di dewan sekolah dan majlis bermula dari jam 9.00 pagi dan tamat hingga jam 10.30 pagi. Sumbangan kepada murid KWAMP juga disampaikan dalam majlis  ini. Segala sumbangan disampaikan oleh Pn Fatimah Bt Arabian iaitu guru besar sekolah.

Majlis ini juga digabungkan dengan majlis perpisahan Cikgu Mohd Annas. Beliau akan berpindah ke sekolah baru di ibu kota iaitu SK Kg Cheras Bharu di Cheras. Sebelum berpindah, beliau diberi peluang untuk berucap buat kali terakhir di hadapan semua murid pada majlis tersebut. Murid-murid juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam yang terakhir dan ada juga yang memberikan hadiah perpisahan. Buat pengetahuan, Cikgu Annas merupakan guru subjek Matematik dan jurulatih pingpong. Sesungguhnya kesungguhan dan komitmen beliau membuahkan kecemerlangan kepada SKTR dan mengharumkan nama sekolah. Semoga beliau akan terus cemerlang walau di mana jua berada.

Semoga dengan sumbangan dan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Salam Ramadan dan salam Syawal.

Foto program: