Ogos 10, 2017

GURU BESAR DARI PROGRAM NPQEL

Pada 7 Ogos yang lalu, SKTR telah didatangi oleh dua orang guru besar yang mengambil program NPQEL di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tetamu ini. En. Azmon pada ketika ini bertugas di SK Dr. Abd Latif manakala Cikgu Ngazuddin bertugas di SK Tebuk Jawa. Mereka ditugaskan untuk dua minggu di SKTR bagi mempelajari dan memahami selok belok pentadbiran dan pengurusan sekolah berdasarkan modul NPQEL yang diberi.

Pihak sekolah sedia memberikan kerjasama yang baik dan erat supaya hubungan antara sekolah terjalin lebih utuh di samping berkongsi ilmu dan kemahiran yang sedia ada. Kami juga mendoakan agar En. Azmon dan En. Ngazuddin akan terus sukses dan cemerlang dalam program NPQEL yang mereka ikuti dan seterusnya dalam karier mereka. Insya Allah.

Foto:
En Azmon sedang memberikan ucapan

Suasana perhimpunan pagi

En. Ngazuddin sedang memberi ucapan

Ucapan daripada guru bertugas mingguan

Sesi pengenalan guru-guru