Julai 18, 2017

Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2017

Pada 7 Julai yang lalu, unit ko-kurikulum telah menganjurkan satu program iaitu Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah di dewan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu pertandingan pakaian paling cantik untuk guru dan murid, nyanyian lagu raya dan juga sumbangan duit raya oleh Puan Fatimah Bt Arabian. Murid-murid dan guru-guru digalakkan memakai pakaian raya mereka semasa jamuan.

Jamuan bermula pada jam 10.00 pagi dan pelbagai menu dan juadah disediakan. Antara juadah yang disediakan ialah kuih raya, bihun goreng, aiskrim, nasi berlauk, kek pencuci mulut, buah-buahan dan juga lontong berkuah kacang. Minuman yang disediakan oleh PIBG ialah air buah kelapa muda dan juga air laici.

Program ini melibatkan semua warga SKTR dan alhamdulillah program berjalan lancar hingga ke akhir program. Jamuan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Foto sekitar jamuan:

Selfie ceria

Sebahagian warga PPKI

Murid PPKI bersama sebahagian guru

Ceria di syawal

Bebrbaju raya

Model bawah pokok betik

Pemenang Pakaian Raya paling Hot kategori Lelaki

Makan jamuan

Pemenang pakaian raya paling Hot kategori Perempuan

Suasana jamuan

Pelbagai jenis menu air

Murid menikmati juadah

Emcee berucap

Beratur mengambil makanan

Mendengar ucapan guru