Ogos 14, 2017

Program Eksplorasi Diri (PED) PPKI 2017

Pada 12 Julai yang lalu, unit lawatan PPKI SK Teluk Ru telah mengadakan satu program lawatan ke Marina Frenzy, Lumut, Perak. Program pada kali ini diberi nama Program Eksplorasi Diri (PED) bersesuaian dengan objektif PPKI iaitu melatih murid ke arah berdikari. Murid diberi peluang untuk berdikari dalam situasi yang sebenar di luar kawasan sekolah dan mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dengan pemantauan rapi oleh guru-guru dan PPM.

PED pada kali ini disertai oleh semua guru dan PPM, 20 orang murid PPKI dan sebahagian ibubapa PPKI. Ini bagi memastikan mereka dapat melibatkan diri secara tidak langsung dalam pembentukan sahsiah diri anak-anak mereka di samping memberi motivasi galakan yang positif. Lokasi pertama yang dipilih merupakan litar halangan bertema di atas air yang dilihat memberi persekitaran kondusif untuk program ini.

Selepas melawat Taman Tema, murid-murid dibawa ke kedai cenderahati dan diberi peluang berbelanja secara berhemah dan berdikari. Pun begitu peranan guru-guru PPM dan ibubapa sekali lagi diperlukan dalam situasi ini. Selepas membeli buah tangan, murid-murid dibawa ke Pusat membeli belah AEON untuk melihat-lihat suasana dan keadaan di sana selain melawat ke kedai buku Popular.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program lawatan pada kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan/puan. Semoga murid-murid PPKI dapat impak yang positif di sepanjang PED pada kali ini. 

Foto PED :