Ogos 25, 2017

Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik UPSR 2017

Pada 24 Ogos lalu, unit Kurikulum telah mengadakan satu program iaituBengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik UPSR 2017. Bertempat di dewan sekolah dan murid yang dilibatkan sudah tentu Tahun 6 kerana akan menduduki UPSR  tidak lama lagi. Oleh kerana bilangan murid yang sedikit, murid Tahun 5 telah dijemput bersama-sama untuk mengikuti bengkel ini.

Istimewanya, pihak sekolah telah menjemput En Hashim Bin Sabran iaitu Pegawai SIC+ dari PPD Sabak Bernam. Kehadiran beliau amat dinanti-nantikan kerana beliau sangat berpengetahuan dalam bidang ini.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana telah sudi berkongsi ilmu dan teknik bagi murid-murid menjawab kertas soalan matematik. Pelbagai teknik yang disampaikan sehinggalah kata-kata motivasi yang positif bagi murid tenang dan tidak gopoh dalam menjawab soalan.

Semoga dengan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diberikan kesempatan dan peluang oleh Allah SWT. Insya Allah. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini.

Foto sekitar program:

Ucapan pembukaan oleh guru bertugas

Penyampaian yang dilihat menarik

Kata-kata motivasi buat semua peserta

Murid-murid menumpukan perhatian

Ucapan penutup