Ogos 25, 2017

Program Bulan Kemerdekaan 2017

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Banyak aktiviti dan program yang dijalankan bagi bulan kemerdekaan pada tahun ini. Antaranya perasmian bulan kemerdekaan, tayangan video, nyanyian lagu patriotik, basikal berhias, konvoi merdeka, pertandingan mewarna, pakaian beragam (barang terpakai), pertandingan melukisa poster, projek jalur gemilang dan banyak lagi. Unit ko-kurikulum telah sepakat untuk memasang jalur gemilang pada tempat-tempat strategik seperti koridor utama, laluan PPKI dan juga laluan masuk sekolah.

Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak ini memberi impak positif kepada murid di mana murid juga lebih bersemangat kenegaraan dan cintakan tanah air. Contohnya pertandingan basikal berhias menunjukkan peningkatan yang mendadak di mana sebanyak 26 buah basikal ikut bertanding, walaupun murid-murid tidak menunggang basikal ketika ke sekolah setiap pagi.

Semoga dengan berbekalkan semangat dan inspirasi Negaraku, para murid dapat menterjemah erti kemerdekaan dan sentiasa maju ke hadapan. Baik dari segi sahsiah diri, pendidikan mahupun dalam kehidupan sehari-harian.

Tidak lupa kepada semua pihak yang terlibat. Ribuan terima kasih diucapkan atas komitmen yang diberikan.


Foto aktiviti:

Projek Jalur gemilang

PPKI melambai bangga


15 meter panjang


Terbaik

Pakaian beragam Kitar semula

Tema semulajadi

Amanat kemerdekaan disampaikan oleh PK1

Nyanyian lagu patriotik

Selfie juga tak ketinggalan

Lambaian jalur gemilang



Ketua nyanyian


Emcee majlis perasmian bulan kemerdekaan

Murid mendengar amanat kemerdekaan

Konvoi merdeka

Pusing keliling kampung

Kibaran megah

Murid bersama basikalnya

Konvoi depan sekolah

Semangat membara walaupun panas


Ketua konvoi yang bersemangat