November 29, 2017

Fire Drill 2.0 Kali ke 2/2017

Program Fire Drill 2.0 telah dilaksanakan pada 20 November yang lalu. Program ini dikelolakan oleh Unit Keselamatan 3K dan melibatkan seluruh warga sekolah daripada murid-murid, guru-guru, kakitangan sokongan dan juga pekerja swasta. Asas keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan dan itulah yang menjadi objektif program kali ini. 

Kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dipateri agar aspek keselamatan secara total dapat diterapkan. Ini juga melibatkan kerjasama antara jabatan. Pengisian yang dibuat adalah "raw call", ceramah keselamatan kebakaran, demo memadamkan kebakaran dan juga melawat jentera bomba.

Pihak SKTR amat berbesar hati dengan kerjasama yang dilaksanakan pada kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam (wakilnya En Maulana) kerana sudi berkolaborasi dengan SKTR bagi menjayakan program Fire Drill ini.

Foto program :