Tanggal 3 Oktober yang lalu telah termeterai MoU di antara SKTR dan iGrow yang ditandatangani di iGrow Kg Gajah. MoU ini merupakan satu terma perjanjian kerjasama dalam memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dari segi agro-pertanian moden, hasil guna sama dan perkongsian pintar teknologi.
Guru-guru, PIBG, AKP dan staf swasta telah menyaksikan majlis tersebut. Rombongan SKTR telah dibawa melawat sekitar kawasan iGrow, kawasan fertigasi sayuran, pokok durian Paduka, kawasan penternakan kambing dan rumah kutai.
Kemudian pihak SKTR dibawa melawat ke rumah bersejarah Allahyarham Nasaruddin Bin Abd Rais, antara pejuang kemerdekaan sebaris dengan Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj. Allahyarham Nasaruddin telah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang dalam perjalanan ke London untuk menghadiri mesyuarat penting mewakili Malaya ketika itu.
Selepas itu, iGrow membawa SKTR melihat pelbagai industri desa SME seperti perusahaan Kek Lapis Sarawak Kilang Rosita (ada perisa durian), perusahaan Dodol Opah Yang dan Perusahaan Pasu & Labu Knz Kraf Entreprise.
Setelah selesai, rombongan SKTR telah menghadiri kenduri cikgu Syukri di Teluk Intan.
Semoga dengan program yang dijalankan dapat memberi impak dan manfaat kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan