Oktober 08, 2020

iGrow Melawat SK Teluk Ru (v1)

Pada 23 September yang lalu, pihak SKTR bersama PIBG telah menerima kunjungan daripada pihak iGrow Malaysia iaitu Institut Agro Usahawan. Diketuai oleh pengasasnya, En. Nordin Bin Malik, mereka merupakan komuniti swasta yang menjalankan pendidikan kolej berasaskan agro-pertanian yang mempunyai MoU dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

SKTR telah merangka satu program jangka panjang bersama iGrow demi membantu anak didik dan komuniti setempat dalam mempelajari bidang agro secara sistematik dan secara penerapan nilai. 

Diharapkan dengan kunjungan suklung ini dapat membuka ruang dan peluang untuk SKTR, PIBG dan komuniti setempat untuk mencambahkan cabang ilmu agro serta menarik minat golongan sasar dalam mempelajari pengetahuan, kemahiran serta selok belok agro-pertanian.

Terima kasih iGrow.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan