September 22, 2020

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Kg Teluk Ru 2020

Pada 16 September yang lalu, warga SKTR telah dijemput oleh MPK Kg Teluk Ru ke Majlis Mesra Rakyat Kampung Teluk Ru. Bertempat di Dewan dan Balairaya Kampung Teluk Ru sempena Hari Kebangsaan Malaysia.

Pn Norliza, Guru besar SKTR bersama warga SKTR telah hadir bersama-sama bagi memeriahkan program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Fasiah Bin Mohd Fakeh.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan catur, pertandingan karom, pertandingan memanah, pertandingan menganyam ketupat, dan baling botol.

Warga SKTR tidak ketinggalan menyertai aktiviti yang disediakan tersebut dan memenangi beberapa hadiah. 

Terima kasih MPK Kg Teluk Ru atas jemputan dan beramah mesra sambil bersantai.


Foto:



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan