April 08, 2022

SKTR : Program Kerjasama Sekolah Rendah Perintis-Tunas Asuhan TVET Pertanian/Perladangan (TUNTAS)

 PASIR SALAK, 1 April: Sekolah Kebangsaan Teluk Ru telah dipilih oleh pihak iGROW dalam menjalin kerjasama strategik melalui Program Kerjasama Sekolah Rendah Perintis-Tunas Asuhan TVET Pertanian/Perladangan (TUNTAS).

Ia meliputi penyediaan tenaga pengajar TVET dan dana projek TUNTAS.

Sijil Penyataan Hasrat (LOI) di antara SK Teluk Ru dan iGROW telah ditandatangani sempena Program Outreach TVET Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bersama Komuniti, pada hari ini.

Pn. Norliza binti Akhbar, Guru Besar SK Teluk Ru,  berkata SK Teluk Ru menghargai kerjasama kukuh yang telah dibina selama ini dengan iGROW dan pihaknya percaya inisiatif kerjasama itu amat penting untuk membantu perkembangan bidang TVET bermula dari tahap sekolah.

Pengerusi Eksekutif iGROW, En. Nordin bin Malik menyatakan, kerjasama di antara SK Teluk Ru dan iGROW adalah usaha kerjasama mempromosi kemahiran TVET sejak di bangku sekolah lagi, secara 'non-formal'.

Sementara itu, Tuan A.Maniam, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia, mewakili Timb Menteri Sumber Manusia En. Maniam kagum dengan usaha yang telah dan sedang berjalan.

LOI itu bakal meluaskan lagi pembabitan iGROW dalam pelaksanaan TVET di SK Teluk Ru, sejajar dengan salah satu elemen misi SK Teluk Ru, iaitu melahirkan murid-murid berkemahiran keusahawanan dan asas tani.

Semoga kerjasama ini dapat mencapai objektif program dengan cemerlang.


Sijil Pernyataan Hasrat (LOI)

Sesi pertukaran dokumen LOI

LOI pihak SKTR

Acara menandatangani LOI

LOI SKTR - iGrow

Banner program


Tiada ulasan:

Catat Ulasan