April 27, 2022

PENGAMBILAN MURID PENDIDIKAN KHAS SESI 2022 / 2023

 

Poster Pengambilan Murid PPKI

    Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Teluk Ru membuka pendaftaran bagi ibubapa / keluarga yang mempunyai calon murid Pendidikan Khas yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun. Antara kategori murid yang tersenarai adalah kategori Masalah Pembelajaran, Autisme, Sindrom Down, Epilepsi, masalah fizikal dan lain-lain. Antara syarat utama ialah murid boleh mengurus diri secara asas.

    Pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian SKTR 03-32138168 ataupun terus ke pejabat sekolah. Maklumat lanjut berkenaan Program Pendidikan Khas Integrasi ini juga boleh diperolehi secara terus di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam (PPDSB).  Permohonan dan pengambilan ini dibuka sepanjang tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan