April 27, 2022

TAHNIAH SKTR !!!!

 


Pihak PPD Sabak Bernam telah menganjurkan Majlis Apresiasi bagi tahun 2021. Majlis tersebut diadakan di Hotel Imperial Heritage, Melaka pada 15 Februari 2022 yang lalu.

YB Dato Haji Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam telah dijemput bagi merasmikan majlis.

Tujuan Majlis Apresiasi ini adalah untuk meraikan pencapaian setiap sekolah yang berjaya mencapai Anugerah Bintang dalam bidang masing-masing yang mana ia dinilai mengikut kriteria & standard yang ditetapkan.

Setelah berhempas pulas, akhirnya SKTR telah berjaya memperolehi 10 anugerah iaitu 5 Anugerah 4-Bintang dan 5 Anugerah 3-Bintang. Senarai anugerah adalah seperti berikut. Tahniah dan Syabas diucapkan.

 

Anugerah 4 Bintang

1.     Pengurusan Prasekolah

2.    Pengurusan Kokurikulum

3.    Pencapaian Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

4.    Pengurusan Makmal Komputer

5.    Pengurusan Pentadbiran & Perkhidmatan Pejabat Sekolah

 

Anugerah 3 Bintang

1.     Pengurusan Akademik

2.    Pengurusan Aktiviti Dakwah

3.    Pengurusan Pemulihan Khas

4.    Pengurusan Pendidikan Khas

5.    Pengurusan HEM (Kebajikan Murid)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan