Mei 12, 2022

Latihan Merentas Desa Peringkat SK Teluk Ru 2022

 


Gambar sekitar aktiviti latihan merentas desa


11 Mei - Alhamdulillah, satu sesi Latihan Merentas Desa Peringkat SK Teluk Ru telah selesai dijalankan oleh Unit ko-kurikulum  SKTR. Seramai 50 orang murid telah mengambil bahagian dalam latihan kali ini. Ust Suhaili telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan latihan ini. 

    Latihan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas tentang laluan trek, peraturan dan cara yang sesuai untuk membuat larian yang baik. bagi murid yang mempunyai masalah kesihatan, adalah dinasihatkan tidak menyertai latihan tersebut. Murid tersebut diletakkan di bawah pengawasasn seorang guru bagi mengawasi keadaan mereka.

    Laluan trek yang dicadangkan pada kali ini adalah trek yang biasa. Garisan permulaan dan penamat diletakkan di padang sekolah. Kemudian murid akan melalui padang dan mengikut pintu pagar belakang sekolah dan terus masuk ke laluan kampung. Laluan utama dielakkan supaya trek murid lebih selamat di bawah pengawasan guru check-point dan guru rondaan.

   Murid seterusnya membuat larian di sepanjang 2.8 kilometer. Check point 4 yang diletakkan di masjid menjadi laluan pusingan-U dan murid perlu berpatah balik menuju ke sekolah. Setibanya di sekolah, murid perlu membuat "cooling down" dan boleh berehat dengan mengambil air minuman yang disediakan oleh pihak sekolah.

Guru akan mengawasi setiap larian murid. Murid yang telah penat (yang tidak dapat berlari) akan dibantu oleh guru peronda sehingga pulang semula ke garisan penamat.

Tepat jam 5.39 petang semua murid telah selesai menjalani latihan dan bersurai. Alhamdulillah sesi latihan berjalan dengan lancar dan selamat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan