April 17, 2010

Selamat Berjuang Cikgu Awang

Tanggal 16 April 2010, SKTR telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi. Beliau ialah Encik Awang Fadlee bin Awang Maliki, guru praktikum dari IPGM Kampus Teknik Kuala Lumpur.Beliau telah berjaya menamatkan praktikum selama 14 minggu di SKTR dengan jayanya.

Semoga beliau berjaya menamatkan kursus perguruannya sekaligus menggapai cita-cita beliau bergelar seorang guru yang terlatih.

Warga SKTR mendoakan Cikgu Awang berjaya dalam profession perguruan beliau dan selamat menabur jasa dan bakti di Sabah dan Sarawak kelak. Sesungguhnya warga pendidik Sabah dan Sarawak akan beruntung kerana bakal menerima tenaga pendidik yang berdedikasi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan