September 01, 2013

JAMUAN HARI RAYA 2013 & PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Pada 30 Ogos lepas bersamaan Hari Jumaat, telah diadakan satu Perhimpunan Khas Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 56 dan juga sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Acara yang dijalankan adalah Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor, Ucapan khas kemerdekaan oleh Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mat Kassim, GPK Pentadbiran SKTR dan juga nyanyian lagu - lagu patriotik.

Setelah selesai perhimpunan, acara diteruskan dengan jamuan hari raya Aidilfitri. Semua warga SKTR, pekerja swasta, AJK PIBG dan ibubapa murid telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. di samping itu juga, semua yang hadir disajikan hidangan halwa iaitu persembahan "live" daripada band muzik Kak Limah Balik Asrama yang terdiri daripada Cikgu Khalek (gitaris), Cikgu Solehan (drummer) dan murid-murid SKTR yang berbakat dalam muzik. Mereka mendendangkan tiga buah lagu.

 Backdrop Perhimpunan Khas
 Barisan para guru
 Murid-murid yang hadir memakai baju raya
 Majlis dimulakan dengan awal Bismillah
 Nyanyian lagu patriotik
 Ketibaan Tuan Haji Multazam Khair (Guru Besar SKTR) & En Abdullah Hassan Hj Ikhsan (YDP PIBG)
 Nyanyian Lagu patriotik
 Murid-murid yang ceria
Murid menunggu masa makan

 Persiapan di belakang pentas
 potong memotong
 acara makan
 Antara yang hadir
 Meja menu di belakang sekali
 Kaum hawa menjamu selera
 Posing ketika makan
 Band Hantu Kak Limah Balik Asrama
 Cikgu Khalek & murid perempuan
 Masa berkaraoke Lagu Raya ye
Hidangan tersedia
Gambar kenangan PPKI

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas budi baik kalian. Semoga tahun depan dapat dibuat lagi.

Makan ketupat dengan rendang
Rendang sedap ayam Mabari
Terima kasih kepada yang bertandang
Tahun depan boleh lagi mari