September 01, 2013

Pertandingan Melukis ICT - Menggunakan Laptop ;Perisian Paint

Tanggal 31 Ogos 2013 bertempat di SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar, Selangor, telah berlangsung satu pertandingan melukis ICT menggunakan perisian Paint. SKTR telah menghantar dua orang peserta iaitu Mohd Sholeh Hanafi Bin Sudarta dan juga Iffah Izzati Bt Yahya. Kedua-duanya merupakan murid yang mahir dalam ICT.

Salah seorang murid SKTR telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Tahap 2 iaitu Mohd Sholeh Hanafi Bin Sudarta. Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.

 Murid SKTR yang mengambil bahagian
 Suasana di hari pertandingan
 Murid Sholeh Hanafi sedang menyiapkan lukisannya
 Iffah Izzati bersama hasil lukisannya
Penyampaian hadiah tempat ketiga

Ucapan syabas juga wajar diberikan kepada ibubapa mereka kerana hadir dan memberi dorongan untuk berjaya.