November 27, 2014

PPKI : Program Sehari di Kuala Selangor

Pada 5 November yang lalu, pihak PKI telah mengadakan lawatan sehari ke Kuala Selangor. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua murid ialah terapi boling. Ini kerana kemudahan boling hanya ada di Kuala Selangor dan hanya pada masa inilah mereka dapat bersantai dengan rakan-rakan, terutamanya buat murid yang akan meninggalkan SKTR dan ke sekolah menengah.

Program ini juga adalah sebagai kesinambungan program yang dahulu yang mana telah direncanakan dalam takwim sekolah. Antara objektif yang perlu dicapai ialah murid perlu berdikari dan menyesuaikan diri di tempat yang asing bagi mereka. Biarpun terdapat kekangan buat sesetengah murid, namun itu tidak menghalang mereka untuk turut serta dalam program ini. Malah ia amat digalakkan oleh KPM.

Pada kali ini juga satu slot baru telah dimasukkan iaitu aktiviti santai menonton wayang gambar. Murid CPD Nazafi juga turut serta bagi memberikan pengalaman. Namun begitu murid acapkali diingatkan supaya jangan berbuat bising dan bermain ketika berada di dalam panggung wayang.

Semoga dengan program yang telah dijalankan dapat memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada murid.
Bergambar kenangan 

Semangat boling

Nazrie mengorak langkah

Aqmar sedia membaling





Penat jaga murid kita duduk sekejap

Senyum boling

Sedia berbaris

Kenangan boling 2014

Penerangan oleh Cikgu Sikin sebelum tonton wayang