Oktober 30, 2015

MAJLIS GRADUASI PPKI SABAK BERNAM 2015 - KALI PERTAMA

Pada 28 Oktober yang lalu, pihak PPD Sabak Bernam telah menganjurkan satu Majlis Graduasi PPKI 2015 Kali Pertama. Majlis Graduasi ini diadakan khas buat murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang ketika berada di sekolah. Tn Hj Mohd Multazam Khair (GB) dan En Safari (GPK PPKI) juga menghadiri majlis tersebut.

Setiap murid yang terlibat aktif dan berpotensi telah dipilih untuk menerima anugerah khas tersebut. Tidak ketinggalan bagi juga bagi SKTR yang mana telah menghantar seorang murid PPKI Inklusif sepenuh masa iaitu Syaidatul Aysha Bt Mohd Zaini. Murid ini telah berjaya mengatasi masalah yang dihidapi dan dapat belajar di arus perdana bersama murid normal. Kegigihan dan kesungguhan beliau melayakkan beliau menerima Anugerah Bestari Akademik Sekolah Rendah 2015.

Pihak SKTR & PPKI mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada Aysha atas kecemerlangan pencapaian beliau. Juga ucapan terima kasih kepada ibubapa Aysha yang sentiasa positif dan menyokong setiap program sekolah untuk anaknya. Tidak lupa juga kepada guru-guru PPKI, guru-guru aliran perdana yang telah mendidik beliau hingga berjaya.

SKTR juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Aysha, kerana pada tahun hadapan Aysha akan melanjutkan pelajaran pula ke peringkat sekolah menengah. Kami mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan beliau sentiasa. Aamin.

Gambar Graduasi PPKI 2015 Kali Pertama

Aysha menerima Sijil Graduasi

Penerima Anugerah Khas PPKI (4 orang sahaja)

En. Safari & Tn Hj Mohd Multazam Khair

Bersama GB dan guru PPKI

Sijil Graduasi

Plague Anugerah Khas