Oktober 30, 2015

Lawatan Sambil Belajar PPKI ke Pulau Langkawi dan Pulau Payar

Pada 25 Ogos yang lalu, unit lawatan PPKI SKTR telah menganjurkan satu sesi lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pengalaman berjalan di tempat pelancongan domestik. Di samping itu, ia dapat menerapkan semangat mencintai tanah air dan sejarah tempat yang dilawati. Dan seharusnya lawatan ini memberi keseronokan kepada murid-murid istimewa ini.

Lawatan selama 3 hari 2 malam itu telah dirancang berbulan lamanya. Bertolak jam 11 malam dari SKTR, dan tiba di Pulau Langkawi pada jam 8.45 pagi. Antara tempat yang dilawati ialah Kompleks Minyak Gamat Nusantara, Pulau Payar, Grooving Island, gua Kelawar, Restoran Terapung, Muzium 3D, Kompleks Haji Ismail Group dan Dataran Helang. Namun pengalaman yang paling istimewa ialah menyelam "snorkelling" di Pulau Payar. Aspek keselamatan adalah yang paling dititikberatkan dan pematuhan arahan adalah wajib. Hasilnya, pemandangan di lantai lautan yang tersergam indah ciptaan Allah berjaya dilihat. Subhanallah.

Semoga dengan program lawatan pada kali ini dapat membuka mata dan minda murid-murid tentang alam semulajadi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program pada kali ini. Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.

Aktiviti snorkelling

Aktiviti Grooving Island

Melawat laut

Geoforerst KILIM park

laluan di Gua kelawar


Mandi manda di pool hotel

Seronoknya tuuu

Melawat muzium 3D

Naik tikar terbang katanya...

Penat menyelam

sudah sunburn

Bersama Cikgu Lin

Semasa tiba di terminal feri

Bergambar di dataran helang