November 12, 2015

Minggu Pendidikan Khas 2015

Pada tanggal 2 November hingga 5 November 2015 merupakan tarikh bagi aktiviti Minggu Pendidikan Khas. Program ini bertujuan memberi ruang dan peluang di antara warga PPKI dengan ibubapa murid untuk beramah mesra dan mendapatkan ilmu serta bertukar-tukar pengetahuan. Minggu PPKI ini dijalankan selama 4 hari iaitu dari hari Isnin hinggalah Khamis. Antara pengisiannya ialah :

Isnin - Pertandingan Petanque, Latihan senam robik, jualan amal
Selasa - Gotong-royong Blok PPKI dengan Ibubapa, jualan amal
Rabu - Pertandingan Baling Katak, Sahibba, Pertandingan Mewarna, Latihan senam robik
Khamis - Sukaneka di Pantai BNO, senam robik, Majlis Penutup

Program ini bukanlah program yang baru namun acapkali diadakan setiap tahun bagi membolehkan murid menjalani aktiviti yang bermanfaat selepas tamat sukatan dan juga penilaian akhir tahun. Dengan itu, secara tidak langsung kedatangan murid dapat dikekalkan prestasinya.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para pentadbir sekolah yang sentiasa menyokong dan mendukung aspirasi PPKI. Juga ucapan terima kasih buat semua ibubapa dan penjaga yang hadir dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan program kali ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Foto sekitar program :

Jualan Amal

Rajin pula ikut

Senyum janagn dilupa

Promosi pada cikgu Khalek

Medang selepas gotong-royong

Kaum ibu yang hadir

Kaum ibu yang hadir


Pertandingan Sahibba

Siapa menang dapat hadiah

Murid perah otak !!

Bacaan doa sebelum program

Murid yang hadir

Semua mengaminkan doa

Ucapan oleh Pn Mazni, Pengerusi Badan Kebajikan PPKI

Ibu-ibu yang komited


Murid tekun mendengar ucapan


Senamrobik pun bermula

Goyang badan goyang tangan

Semua ikut




Acara rebut gula-gula


Papan tanda Projek Cikgu Nisa

Taman depan kantin

berkebun

Berkebun berpeluh katanya

Masak de' dapur

Kaum bapa

Medang

Medang de'pantai

Sukaneka ibubapa

Semangat waja nampaknya

Oppp berlanggar

Haa..ini baru skill

Tema kuning

Nak minum ke tak ni ye..

Perlumbaan sedang rancak

Selfie pipi masing-masing