November 12, 2015

Ladap Frog VLE - Pembinaan Laman Nota & Latihan

Pada 21 Oktober yang lalu, satu sesi kursus Frog VLE telah diadakan bertempat di Makmal Komputer SKTR. Semua guru telah dipanggil untuk menyertai kursus ini. Pada kali ini, dua sekolah telah bersepakat untuk sama-sama hadir dan berkolaborasi dalam Ladap VLE ini iaitu SK Seri Cempaka dan juga SKTR sebagai tuan rumah.

Objektif ladap ini adalah sebagai platform perkongsian idea dan kemahiran dalam pembinaan site VLE, yang mana boleh dilanjutkan sebagai site nota dan juga latihan. Selain itu ia juga boleh diselaraskan untuk mendapatkan statistik pelbagai aktiviti, dengan syarat murid mesti mempunyai kata pengguna (username) dan juga kata laluan (password) masing-masing. Namun begitu syarat yang lebih utama adalah capaian Internet yang bagus dan stabil. Sekiranya tidak, pembinaan site memakan masa yang panjang dan membosankan. Ini sekaligus mengganggu Pdp interaktif murid. Dengan itu pihak KPM perlu sentiasa memantau kelajuan Internet yang dibekalkan setiap hari.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah daripada SK Ceri Cempaka iaitu Cikgu Mohd Afiq Bin Mohd Yusof dan Cikgu Wan Azsha yang begitu banyak berkongsi idea dan kemahiran softskill, yang mana sudi dikongsikan bersama kami. Semoga dengan kerjasama ini, ia akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Foto sekitar ladap :

Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar

Suasana ladap

Tekun membuat site..a.k.a rajinnya



Kereta peserta yang hadir

Slot berasingan dek Internet yang siput

Tanda penghargaan kepada penceramah

Emcee slot 2