Februari 10, 2016

Laporan Pelaksanaan Program Transisi & Guru Penyayang 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK RU
JALAN PARIT BARU, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
TAHUN 2016

1.0         PENDAFTARAN MURID  TAHUN 1

1.1   Masa  :   8.00  - 9.00 pagi

1.2  Dijalankan pada 31.12.2015

1.3  Seramai 6 orang murid  telah didaftarkan pada 31.12.2015
        1.    Ain Maisarah  Binti   Zainudin
        2.    Muhammad Nafzhan Adha Bin  Abdullah
        3.    Muhammad Nasihun Amin Bin Mohd Fauzi
        4.    Puteri ‘Ainul  Imanul Busra Binti Amirul Zaharin
        5.    Mohamad  Farhan Bin Najib
        6.    Muhammad Hazim Bin Shapiee
        
1.4   Dua orang murid  telah didaftarkan pada 04.01.2016
        1. Faridatul Aqilah binte Firhat
        2. Nuraini Sufina binti Abdullah

1.5  Jumlah murid Tahun 1 yang mendaftar pada tahun 2016 ialah seramai 8 orang.

1.6  Pn Nor Maliza bt Mat Misroh   bertanggungjawab dalam menguruskan pendaftaran murid Tahun 1.



2.0         TAKLIMAT KEPADA IBUBAPA/ PENJAGA MURID

2.1         Dijalankan pada 31.12.2015 bertempat di Dewan Seri Bestari SK Teluk Ru
2.2     Masa  :   9.00 – 11.00 pagi
2.3     Seramai 06 orang ibubapa/penjaga murid Tahun 1 dan beberapa orang guru
          yang mengajar Tahun 1 hadir ke taklimat tersebut.

2.4    Senarai ibu bapa/penjaga murid yang hadir semasa taklimat dijalankan :
          1.  En Zainudin b. Zainudin
          2.  En Amirul Zaharin b. Yusoff
          3.  En Mohd Fauzi b. Selamat
          4.  En Shapiee b. Muhammad
          5.  Pn Hanimah  bt  Mhd Desa
          6.  Pn Norsheana bt Abd Rahim
         
2.5    Ibubapa/penjaga murid diberi penerangan  tentang Program Transisi yang akan
         dijalankan  pada 04.01.2016 – 29.01.2016

2.6    Ibubapa/penjaga murid telah memberi respon yang baik terhadap Program
         Transisi dan Guru Penyayang.

2.7   Tuan guru besar telah mengalu-alukan kedatangan murid Tahun 1 ke sekolah
         Kebangsaan Teluk Ru dan  mengingatkan tentang pentingnya kehadiran murid-
         murid ini ke sekolah.


3.0          TAKLIMAT KEPADA GURU

3.1         Dijalankan pada 29.12.2016 bertempat di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Teluk Ru.

3.2         Masa  :  11.00 – 11.30 petang

3.3         Semua guru Sekolah Kebangsaan Teluk Ru terlibat dalam taklimat ini.

3.4         Pn Nor Maliza bt Mat MIsroh telah memberi penerangan tentang pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang yang akan dijalankan pada 31.12.2015  dan 04.01.2016 hingga 29.01.2016 kepada guru-guru.

i.          Taklimat  kepada ibubapa/penjaga murid tentang pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang dijalankan pada pukul 9.00 – 10.00 pagi.

ii.         Program Orientasi Transisi dan Guru Penyayang dijalankan pada 04.01.2016 –  08.01.2016. Semua guru mata pelajaran yang mengajar Tahun 1 dikehendaki melaksanakan Program Orientasi mengikut modul yang diberi dalam pengajaran dan pembelajaran.

iii.       Program Transisi dan Guru Penyayang dijalankan pada 11.01.2016 – 29. 01.2016. Program Transisi dan Guru Penyayang ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan pengajaran tematik dalam pengajaran iaitu:
-          Tema Keluarga  dijalankan pada 11.01.2016- 29.01.2016

4.0         PROGRAM SUAI KENAL MURID TAHUN 1

4.1              Dijalankan pada 31.12.2016 bertempat di Dewan Seri Bestari SK Teluk Ru Tahun 1.

4.2              Masa  : 10.00 – 11.00 pagi

4.3              Seramai 6 orang murid telah mengikuti Program Suai Kenal ini.

4.4              Murid yang terlibat dalam Program Suai Kenal ini ialah :
                         1.    Ain Maisarah  Binti   Zainudin
                         2.    Muhammad Nafzhan Adha Bin  Abdullah
              3.    Muhammad Nasihun Amin Bin Mohd Fauzi
              4.    Puteri ‘Ainul  Imanul Busra Binti Amirul Zaharin
              5.    Mohamad  Farhan Bin Najib
              6.    Muhammad Hazim Bin Shapiee
        

5.0            PROGRAM ORIENTASI TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

5.1          Dijalankan pada 04.01.2016 -  08.01.2016

5.2         Semua guru yang mengajar Tahun 1 dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut modul Program Orientasi bagi tahun 2016.

5.3         Antara aktiviti yang dijalankan semasa Program Orientasi  Transisi dan GVuru Penyayang.
1.      Penerangan peraturan dan disiplin sekolah.
2.      Melawat kawasan sekolah seperti tandas, kantin, bilik guru  dan sebagainya.
3.      Penerangan penggunaan yang betul dan peraturan umum di kawasan sekolah seperti tandas, kantin dan bilik guru.
4.      Ucapan bertatasusila
5.      Dinamika Kumpulan
6.      Nyanyian dan Gerakan

5.4         Murid berasa seronok, berminat dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan
aktiviti Program Orientasi Transisi dan Guru Penyayang. 

5.5         Guru menjalankan Program Orientasi Transisi dan Guru Penyayang mengikut
modul yang diberi.


6.0         PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

6.1         Dijalankan pada 11.01.2016  - 29.01.2016

6.2         Semua guru Tahun 1, mengajar mengikut pendekatan tematik iaitu
-Tema Keluarga dijalankan pada 11.01.2016 – 29.01.2016
              6.3    Melalui pendekatan tematik murid lebih mudah memahami tajuk yang diajar oleh guru.
             6.4     Program Transisi dan Guru Penyayang ini mencapai objektifnya kerana telah memberi pendedahan dan membantu murid-murid Tahun 1 menghadapi perubahan dari segi pendidikan tidak formal di tadika/pra ke pendidikan yang lebih formal dan lebih teratur di Tahun 1 di sekolah rendah.

Disediakan oleh :                                                                                                 
Pn Nor Maliza bt Mat Misroh
Setiausaha Program Transisi dan Guru Penyayang

Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Foto Program:

Pendaftaran 2016

Sesi pendaftaran

Nyanyian

Aktiviti luar kelas

Menyiapkan tugasan bertulis

Puzzle berkumpulan

Puppet di jari saya

Hasil kerja murid

Bacaan Doa oleh Ust Tuan Khairul