Mac 07, 2016

Kem Motivasi dan Kepimpinan SKTR

Pada 27 dan 28 februari yang lalu, unit Hal Ehwal Murid bersama Unit Disiplin sekolah telah mengadakan satu Kem Motivasi dan Kepimpinan. Berlangsung di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam, kem ini bermula daripada pagi hari Sabtu sehinggalah tengah hari Ahad. Objektif kem ini bertujuan untuk melatih murid-murid berkenaan disiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Sasaran peserta kem ini adalah daripada golongan pemimpin iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas makmal, ketua kelas dan juga penolong ketua kelas. Kira-kira 50 orang murid telah mengambil bahagian dalam kem pada kali ini. Ini adalah kali pertama kem sebegini dijalankan di luar kawasan sekolah.

Murid-murid telah dihantar sendiri oleh ibubapa. Manakala yang kurang berkemampuan, para guru telah menyediakan khidmat ambil dan hantar murid-murid tersebut. Apa yang penting kesungguhan murid untuk menyertai kem tersebut. Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh penganjur seperti slot ice breaking, ceramah motivasi, sukaneka, Zumbarobik, lawatan ke perpustakaan dan muzium Sabak Bernam dan lain-lain.

Meskipun terdapat beberapa halangan dan masalah yang kunjung tiba namun ia tidak mematahkan semangat para guru untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada murid-murid.

Di sini pihak SKTR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kem pada kali ini. Semoga kem ini menjadi penanda aras yang baik dan dapat dijalankan pada masa hadapan.

Sekilas pandang...

Foto di depan perpustakaan Sabak Bernam

Chicken Dance !!!

Tu dia berebut ape tu

Pulun dik pulunnn

Eh ape da tepong gomakk

Ball friend

Ball friend dance pulak ??

Slot ceramah

Orang kuat nihh

Ceramah motivasi

Abang hensem kita

Cenderahati buat Penceramah, Cikgu Jun

GPK HEM sedang beri ceramah

Baca buku ye

Kuiz di perpustakaan

tak boleh tiru tau

This is Zumbarobik !!!

Fasilitator kita yang cergas betul

Penat kee

Gambar kenangan

Stok teruna SKTR :)

Aminkan bacaan doa

Emcee majlis penutup

Siapa yang menang?

Saguhati buat penceramah

VIP kita

Majlis penutup

Bacaan doa

Hadiah keterampilan

Gambar kenangan.. selesai sudah..