Mac 07, 2016

Majlis Solat Hajat dan bacaan Yassin 1.0

Satu Program Bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diadakan pada 3 Mac yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Bertemnpat di Dewan Bestari bermula jam 7 petang, ibubapa dan para jemputan hadir memenuhkan ruang. Pada kali ini, SKTR telah menjemput imam daripada luar (imam Import) iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Samuri Bin Sidek. Beliau merupakan mantan Pengetua SMKA Simpang Lima (kini dikenali sebagai SMKA Sabak Bernam).

Pihak SKTR merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust Haji Samuri kerana sudi hadir dan mengepalai majlis solat hajat dan bacaan Yasin ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibubapa, penjaga dan tidak lupa juga AJK pelaksana yang menjayakan program pada kali ini. Semoga apa yanbg dihajati tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamin Ya Rabbal Alaminn.

Bacaan Yasin memohon hajat

Kaum ibu dan guru yang hadir

Bacaan Yassin

Khusyuk mendengar penerangan

Bacaan yassin

Berborak seketika

Emcee majlis

Jamuan ringkas untuk tuan imam

Membaca dengan tawaduk


Murid juga hadir mengikuti program

Suasana di dewan