Mac 07, 2016

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan & Pelancaran NILAM

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan Pelancaran NILAM telah dilaksanakan pada 26 Februari 2016 bertempat di Dewan SKTR. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Kamarol Zaki Bin Haji Abdul Malik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.
Seperti yang diketahui umum, Bantuan Khas RM 100 yang diberikan oleh kerajaan kepada setiap orang murid untuk meringankan perbelanjaan persekolahan. Seramai 3.7 juta orang murid di Malaysia mendapat manfaat daripada bantuan ini. Syarat untuk menerima bantuan ini ialah pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3000 sebulan. Semoga bantuan ini meringankan beban ibubapa dalam aspek kewangan.

Tahniah diucapkan kepada semua ibubapa dan penjaga kerana sama-sama hadir dalam majlis penyerahan ini. Ibubapa dan penjaga diharapkan dapat memberikan komitmen sebegini dalam apa jua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Pada majlis ini juga, pelancaran Program NILAM dilaksanakan. NILAM merupakan Nadi Ilmu Amalan Membaca. Pelancaran ini diadakan serentak di seluruh negara. Imbas kembali, seorang murid SKTR iaitu Husna Nur Imani mendapat anugerah peringkat PPD Sabak Bernam pada tahun 2015.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam Majlis BKAP pada kali ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Gambar Kenangan bersama YB Kamarol Zaki

Barisan VIP

Bunting Majlis

Ucapan Tn GB

Bacaan doa

Antara ibubapa yang hadir

Ucapan YB Kamarol Zaki

Kaunter BKAP siap sedia menerima kedatangan ibubapa

Penyerahan kepada wakil

Isi borang dan sain

Sempat berseloroh


Bapa murid menerima BKAP - cash

Pelancaran NILAM peringkat sekolah

Isi borang beramai-ramai

Cikgu Jun dengan Jejaka Malaya :)