Mac 23, 2016

TABUNG SUMBANGAN WAKAF PEMBINAAN SURAU AR-RAUDAH SKTR


Projek pembinaan Surau Ar-Raudah SKTR telah pun bermula pada September 2015. Projek ini dimulakan dengan dana permulaan yang dipohon daripada PIBG. Sehingga kini, derma dan sumbangan wakaf yang telah diterima belum mencapai sasaran iaitu kos pembinaan sebanyak RM 150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit).

Dengan ini pihak SKTR mengalu-alukan kepada semua pelawat blog ini, semua alumni SKTR, penjawat awam mahupun swasta, badan-badan korporat, orang-orang kenamaan dan juga penduduk kampung Teluk Ru dan sekitarnya untuk sama-sama membantu dari segi kewangan.

Maklumat Akaun :

TETUAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SKTR

Nombor Akaun : 1205 6010 006095

Nama Bank : BANK ISLAM

Marilah bersama-sama merebut saham akhirat ini. Pihak SKTR telah kehabisan dana dan kerja-kerja pembinaan terpaksa ditangguhkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang ke dalam Tabung Pembinaan Surau SKTR ini.

Antara penyumbang dana :
Sumbangan daripada Masjid Kg Teluk Ru



Sumbangan daripada YB Kamarol Zaki (ADUN Sg Air Tawar)

Gambar pembinaan:

Projek mula pada September 2015

Gambar pada Januari 2016

Terkini pada Februari 2016