April 28, 2016

Ceramah Pencegahan Jenayah

Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 20 April 2016, unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan satu sesi ceramah Pencegahan Jenayah. Bertempat di Dewan Bestari, ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Polis daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Besar, iaitu ASP Iek Ran Chong dan dibantu oleh Lans Koperal Mohamad Syafiq Bin Khairudin. Setelah semua murid mengambil tempat di dewan, barulah program dimulakan dan dipengerusikan oleh guru bertugas mingguan iaitu En.Muhamad Asri Bin Hassan.

Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah berkenaan kod-kod jenayah yang diklasifikasikan oleh pihak berkuasa, kanun jenayah dan kanun keseksaan. ASP Iek Ran Chong juga memberikan demo cara jenayah yang berleluasa kini seperti curi, samun, ragut dan sebagainya. Beliau juga berpesan sekiranya terjadi jenayah tersebut kita sebagai orang awam perlu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Pelihara nyawa dan jangan melawan serta berikan apa yang penjenayah samun/curi kerana nyawa lebih berharga.

Sesi ceramah juga diselang-selikan dengan aktiviti kuiz dan sola jawab. Keramahan dan kemesraan beliau membuatkan murid-murid tidak segan silu untuk menjawab soalan yang diberikan. Dan yang lebih menarik lagi beliau turut menyediakan hadiah bagi murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. Hadiah daripada luar negara tau.

Pihak SKTR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak IPD Sungai Besar dan khususnya ASP Iek Ran Chong dan L/K Mohamad Syafiq kerana sudi memberikan kerjasama dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Foto sekitar ceramah :



ASP Chong sedang memberikan ceramah

Sesi kuiz

Murid mendengar ceramah 

Guru-guru yang turut serta

ASP Chong beramah mesra dengan murid

Soal jawab kuiz

Sijil Penghargaan daripada pihak SKTR



Foto bersama GB, pentadbir dan ASP Chong

Dari kiri, Tn Hj Multazam, Sarjan Md Nor, En. Saud, 
Pn Junaidah, ASP Chong