April 28, 2016

Pelancaran Program The Champion & Penetapan Target

Pada Hari Khamis yang lalu iaitu bertarikh 21 April 2016, unit Kurikulum telah melancarkan program Penetapan Target UPSR 2016 dan juga pelancaran Program The Champion 2016. Untuk pengetahuan semua, Program Champion ini merupakan satu program yang diilhamkan oleh Pengarah JPN Selangor untuk membuat lonjakan saujana dalam peperiksaan UPSR 2015. Impak yang diperolehi pada 2015 adalah memberangsangkan dan program ini dipersetujui untuk diteruskan pada tahun 2016. Aktiviti The Champion ini akan menumpukan kepada peningkatan semua subjek "A".

Cabaran yang akan dihadapi oleh murid-murid Tahun 6 ialah perlu mendapatkan 6A dalam peperiksaan UPSR 2016. Penetapan "Target" dibuat dengan menjemput para ibubapa dalam diskusi yang diadakan. Ucapan disampaikan oleh GPK 1 yang baru iaitu Puan Salasiah Bt Ahmad dan juga Dr. Halim bin Ariffin, Pegawai PPD SICs +, pegawai yang membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah.

Pihak SKTR mendoakan semua calon UPSR 2016 sekolah ini mendapat 6A di dalam UPSR yang akan datang. Apa yang penting ialah usaha, tawakal dan belajar bersungguh-sungguh.

Pelancaran The Champion

Semoga sukses

Tn Hj Multazam menyampaikan cenderahati 
kepada Dr. Halim

Penyampaian Lencana "The Champion"

Murid-murid turut serta dalam majlis pelancaran

Emcee- Puan Haslinda

Pn Salasiah sedang memberi ucapan

Antara guru-guru yang hadir

Dr Halim sedang berucap

Penetapan target untuk murid-murid dan ibubapa Tahun 6

Bersama banner pelancaran program