Mei 11, 2016

Sambutan Isra Mikraj Peringkat Sekolah 27 Rejab

Pada 6 Mei yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan sambutan Isra' dan Mikraj. Program sambutan tersebut telah diadakan di dewan sekolah selepas waktu rehat. Saban tahun program ini diadakan bagi mengenang dan menghayati peristiwa yang dilalui oleh junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW yang digerakkan oleh Allah daripada Baitullah ke Baitul Muqaddis dan diangkat ke Langit bagi menerima perintah solat 50 waktu bagi umat Islam. 

Peristiwa sebegini wajar dihayati dan diambil iktibar supaya kita menjaga solat kita sebagaimana Nabi kita sanggup bertemu dengan Allah dan memohon supaya bilangan solat tersebut dikurangkan sehinggalah menjadi 5 waktu seperti hari ini. Ini juga supaya murid-murid lebih menghargai pengorbanan Nabi dan menjaga solat dengan sempurna.

Amalan yang difardukan inilah yang membezakan kita sebagai orang Islam dan mereka yang bukan Islam. Sebanyak lima kali sehari Allah menyeru kita menyembahNya dan kita disarankan berdoa memohon sebanyak mana keampunan, permintaan dan luahan dalam ketidaksempurnaan diri kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Sebagai penutup program ini, satu kuiz telah dijalankan supaya murid memberi lebih perhatian ketika ceramah dijalankan. Isi-isi penting dalam peristiwa Isra dan Mikraj wajar dicontohi dan semoga dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita, Insya Allah.


Emcee of the day. Cikgu Salisah

Sijil Penghargaan buat Ust Fauzi

Antara guru-guru yang hadir

Ust Fauzi menjadi penceramah

Ust Fauzi tekun menyampaikan ceramah

Murid-murid berebut memberi jawapan ketika kuiz


Soalan cepu emas katanya