Mei 12, 2016

Perkhemahan Badan Beruniform Di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sg Dusun Ulu Selangor

Pada 6 dan 7 Mei yang lalu, Unit Ko-kurikulum telah menganjurkan satu program perkhemahan peringkat sekolah. Perkhemahan pada kali ini telah memilih Pusat Konservasi Hidupan Liar Sg Dusun Ulu Selangor dan ia merupakan hutan simpan kerajaan. Objektif perkhemahan ini adalah untuk memberikan pengalaman berkhemah di dalam hutan dan membina keyakinan dan jatidiri murid-murid dalam aspek fizikal dan mental. Murid-murid juga diajar berdikari dalam mendirikan khemah dan mengatur jadual kumpulan masing-masing dengan mematuhi arahan kem komandan dan guru-guru. Tempoh perkhemahan adalah selama 2 hari satu malam.

Antara intipati jadual perjalanan program bermula daripada minggu lepas lagi dengan persediaan khemah, peralatan, ubat-ubatan, taklimat dan lain-lain. Untuk pengetahuan, khemah tambahan telah dipinjam pakai daripada SK Tebuk Jawa dan SK Sekendi. Terima kasih diucapkan. Khemah tambahan diperlukan untuk guru-guru dan juga kakitangan sekolah.

Taklimat diadakan pada hari Khamis (5 Mei) di dewan sekolah. Segala senarai keperluan diberi pada masa ini. S/U perkhemahan iaitu Ust Khairul mengatur selia perjalanan program dengan jayanya. Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan memeriksa kelengkapan khemah masing-masing.

Pada Jumaat petang pula semua guru dan murid berkumpul pada jam 3.00 petang dan bertolak pada jam 3.30 petang. Kira-kira jam 5.30 petang konvoi SKTR tiba di lokasi dan murid-murid mula memasang khemah masing-masing di bawah seliaan kem komandan dan guru-guru.

Antara aktiviti yang dijalankan :

-Solat berjemaah
-Mendirikan khemah
-Membersihkan kawasan
-Tayang Video PERHILITAN
-Jalan Malam
-Jejak Si buta
-Melawat Kolam Buaya
-Kembara Hutan
-Melawat Kandang Tapir
-Majlis Penutup
-Sesi Bergambar (seluruh peserta dan PERHILITAN)
-Sesi Bergambar dengan hidupan liar (Ular sawa, ular sawa albino dan kucing batu)

Secara keseluruhannya, alhamdulillah perjalanan perkhemahan dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Tiada musibah atau kemalangan yang tidak diingini berlaku walaupun pada waktu malam kawasan perkhemahan dilanda hujan tiba-tiba. Namun ia tidak mematahkan semangat murid-murid dan semua guru. Paling tidak pun ada yang terkena gigitan pacat. Pacat pun kembung kekenyangan.

Murid-murid mula tiba di SKTR pada jam 4.00 petang dan pulang dijemput oleh ibubapa dan penjaga masing-masing. Semoga dengan program perkhemahan ini dapat memberikan pengalaman yang baru dan berguna kepada semua di samping mendisiplinkan diri dalam situasi hutan yang serba mencabar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat pihak PERHILITAN dan juga kepada Pusat Konservasi Hidupan Liar Sg Dusun, Ulu Selangor di atas kesudian menerima kunjungan SKTR dan diharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Foto sekitar program :
**Album penuh boleh diakses melalui Google Drive SKTR

Taklimat 1.0

Ust Khairul meyampaikan taklimat

Pemeriksaan peralatan khemah

Guru-guru memberi tunjuk ajar

Guru memeriksa khemah murid

Berkumpul sebelum bertolak

Perbincangan ringkas En. Saud

Ust Fauzi membacakan doa selamat

Muried mengaminkan doa yang dibaca


Murid Pend khas juga turur serta

Taklimat ringkas daripada Cikgu Saud

hampir sampai

Lalu jambatan besi

Memang masuk ke hutan simpan ni

Tiba di tapak 

Sesi briefing

Slot Tazkirah Subuh

Murid mendengar tazkirah, ada juga yg terlelap

Bahagian perempuan

Berjogging pagi

Suassana sejuk pagi ini

Ceria di balik kabus pagi

Sempat bergambar

Posing di dataran

Lompat bintang

Aktiviti Jejak Si Buta

Terima kasih buat semua

Guru-guru dan staf wanita

Baru tiba ni

Seloroh murid

Sesi penutup

Cikgu Asri emcee penutup

Lawatan ke Kandang tapir

Tuan Haji Multazam menyampaikan sijil penghargaan 
kepada Puan Faridah wakil Pusat Konservasi

Sijil penyertaan buat murid-murid

Foto bersama pokok terbesar di hutan simpan

Cikgu Saud bergambar bersama ular

Murid juga menunjukkan keberanian