Jun 20, 2016

Program Bijak Pra Sekolah Peringkat Daerah Sabak Bernam 2016

Pada 27 Mei yang lalu, pihak pra sekolah SKTR telah menghantar peserta untuk Program Bijak Pra Sekolah. Program ini diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Selangor dan ia telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Budiman B. Mohd Zohdi iaitu ADUN Sungai Panjang. Pn Salisah dan juga Pn Siti Aminah Hasna telah berganding bahu melatih murid untuk pertandingan Hafazan.

Alhamdulillah peserta dari SKTR telah berjaya mendapat Naib Johan Hafazan Kategori Lelaki. Semoga dengan kejayaan ini SKTR terus cemerlang dan gemilang pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada murid dan juga kepada guru pra sekolah.

Foto program:

Murid sedang membaca surah hafazan

Tahniah !!!
Bersama YB Budiman