Ogos 23, 2016

Sambutan Nuzul Quran Peringkat Sekolah

Sambutan Nuzul Quran ini merupakan salah satu daripada program Panitia Pendidikan Islam semasa Bulan Ramadan yang lalu (23 Mei -1 Julai 2016). Sempena dengan itu, satu sesi tazkirah bersama Ustaz jemputan diadakan bagi menyingkap kembali memori bagaimana Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT.

Dengan penyampaian yang bersahaja dan bertenaga, penceramah berkongsi kisah-kisah nabi, tauladan yang boleh diikuti dan diamalkan dan juga doa untuk menjadi insan yang terbaik di muka bumi ini.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada tahun yang akan datang. Biarpun bilangan murid SKTR sedikit namun semangat untuk menuntut ilmu tetap ada dan istiqomah. Insya Allah.

Guru dan murid mengambil tempat di dewan

Guru dan murid perempuan

Ustaz gemar bertanya nama dan jelaskan maksudnya

Ceramah & tazkirah yang menarik

Murid tekun mendengar tazkirah 

Jumlah kami memang sedikit

Antara murid yang hadir

Khusyuk mendengar tazkirah

Antara kaum ibu yang turut hadir


Ustza pesan, setiap nama ada maksudnya.
Ia juga sebagai doa buat pemunya nama jika 
disebut dengan betul.