Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1989 oleh Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz yang ketika itu memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Angkasa. Sukan ini merupakan "Sukan Untuk Semua" kerana semua orang boleh memainkannya. Biarpun seseorang itu tidak dikurniakan kelebihan fizikal, kecergasan, stamina dan konsentrasi, mereka tetap boleh memainkannya. Dengan konsep itu, murid-murid Pendidikan Khas boleh memainkannya.
Sebagai keputusannya, murid PPKI SKTR telah berentap melawan sekolah lain dan telah berjaya mendapat tempat kedua iaitu Naib Johan. Tahniah kepada pasukan Petanque PPKI SKTR dan juga jurulatihnya iaitu Puan Haslinda dan En. Asri. Tidak lupa juga kepada para pentadbir sekolah yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada usaha PPKI terutamanya Tuan Guru Besar. Terima kasih diucapkan.
Semoga dengan kemenangan ini dapat memberikan pengalaman yang berharga buat semua murid PPKI. Tahniah !!!
Foto sekitar kejohanan:
Pasukan Petanque PPKI SKTR bersama jurulatih, Pn Haslinda
Pasukan bersama GPK PPKI En Safari
Sengih sampai ke telinga
Usaha yang berbaloi
Saya menang !!
Token Of Appreciation
Malu tapi saya menang !!