November 02, 2016

PERSARAAN GB TN HJ MOHD MULTAZAM KHAIR BIN MOHD AFFANDI

Pada 17 Oktober yang lalu, satu majlis persaraan Guru Besar peringkat sekolah telah diadakan di dewan sekolah. Satu majlis yang ringkas tetapi bermakna buat seluruh warga SKTR. Ia juga merupakan majlis sambutan hari jadi beliau. Ia diraikan bersama-sama semua murid SKTR dan di sini juga murid-murid berpeluang untuk bersantai bersama guru besar kesayangan mereka buat kali terakhir.

Satu majlis rasmi Persaraan juga telah dibuat pada 20 Oktober 2016 bersamaan hari Khamis. Majlis yang meriah dan bermakna buat semua warga SKTR khususnya dan juga kepada rakan dan kenalan GB amnya. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tn Hj Kamarol Zaki Bin Abdul Malik, ADUN Sg Air Tawar dan Tn Hj Azman Bin Mashuri yang merupakan wakil PPD Sabak Bernam dan juga selaku wakil Jabatan Pendidikan Selangor (JPN) yang membawa watikah persaraan perkhidmatan.

Ketibaan yang diraikan pada jam 9.00 pagi disambut dengan paluan kompang beserta selawat marhaban. Setibanya di perkarangan sekolah, persembahan silat tempur solo dijalankan oleh wakil murid Tahun 6 daripada SK Parit Baru. Seterusnya Tn Hj Multazam diarak ke dewan dengan kelopak bunga mawar yang ditabur sepanjang jalan beliau. Setelah mengambil tempat, hadirin dan hadirat berdiri hormat menyanyikan lagu Negaraku.

Setelah itu, doa dipanjatkan ke Hadrat Ilahi bagi memohon kelancaran majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. Ucapan diteruskan daripada Pn Salasiah Bt Ahmad, PK Pentadbiran. Seterusnya ucapan Tn Hj Najib Bin Saat, Yang Dipertua PIBG dan ucapan oleh Tn Hj Azman Bin Mashuri, wakil PPDSB dan JPN. Antara yang hadir juga ialah mantan GB SKTR iaitu Pn Hjh Normah Thanal Azian Bt Md Nor, dan juga rakan-rakan lain seperti Tn Hj Salleh, Cikgu Azli, cikgu Ahmad Kamal, Cikgu Maliah, Cikgu Nor Aziah dan Tn Hj Akhbar, En Zoolfadzli, Ust Mustain dan juga En Zainon Abidin.

Kemudian majlis disajikan dengan persembahan multimedia yang berdurasi 17 minit. Persembahan multimedia ini disunting dengan menggunakan 5 perisian iaitu Video Scribe, Video Pad, HP apps dan Mac Movie Maker. Manakala audio disunting menggunakan perisian Audacity. Video ini bertajuk Montaj Persaraan Tn Hj Mohd Multazam Kahirr b. Mohd Affandi.

Usai persembahan video, yang diraikan dijemput untuk memberi ucapan buat kali yang terakhir. Persembahan murid dan guru pula mengambil tempat selepas itu dengan persembahan terbabit dilatih oleh Cikgu Khalek dan Cikgu Jamal.

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah persaraan kepada Tn Hj Mohd Multazam oleh wakil JPN, Tn Hj Azman Bin Mashuri. Selepas itu, Tn Hj Multazam telah menyampaikan hadiah dan cenderahati buat semua tetamu yang hadir.

Aturara majlis diteruskan dengan jamuan buat yang diraikan dan tetamu jemputan. Jamuan secara buffet ini diadakan di khemah yang ditempah khas bersama dekorasi scallop khas. Sambil menjamu selera sambil berbual santai sesama tetamu yang hadir.

Acara terakhir ialah lambaian terakhir buat semua warga SKTR dan juga rakan kenalan. Semua murid dan warga SKTR berkumpul di sepanjang laluan keluar dan mengambil peluang bersalam dan mengucapkan selamat tinggal buat guru besar yang dicintai.

Buat Tuan Hj Multazam, terimalah pantun dari kami;

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Hujan turun badan pun basah
Batang galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu berpisah
Kehendak Allah tiada siapa yang tahu

Kalau ada sumur di ladang
Bole kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Terima kasih Tuan Hj Mohd Multazam Khair. Bakti jasamu sentiasa terpahat dalam ingatan kami. Jenguk-jenguklah kami di sini andai ada masa terluang. Jika ada GB yang baik hati, sporting dan berkaliber, itulah dia Tn Hj Multazam orangnya.

Foto sekitar majlis :

Berbual santai

Kenangan selepas majlis

Kenangan bersama

Handout rasmi majlis

Majlis sambutan Birthday GB bersama murid

Gb yang sporting

Persembahan silat

GB diarak masuk

AJK pendaftaran yang ceria

Tn Hj Multzam bersama isteri

Penyampaian cenderahati

Ceria bersama

GB bersama Cikgu Aziz



Antara rakan baik GB

Gb bersama Cikgu Ahmad Yatim

Gb bersama Cikgu Aziah

Wakil SK Sekendi

Bersalam buat kali terakhir

GB bersama Cikgu Baharuddin

Simbolik Majlis

Selamat bersara boss..

Acara melepaskan belon

Menjamu selera

GB Bersama VIP menjamu selera



Tn Hj Azman menyampaikan watikah persaraan

Selamat bersara..

Yang diraikan

GB dihadiahkan jam tangan oleh BAKSTER

Foto tetamu dan jemputan

Penyerahan tugas

Ucapan terakhir oleh GB

Penyampaian watikah serah tugas
disaksikan oleh Tn Hj Azman 
wakil JPN Selangor

Ucapan Tn Hj Najib, YDP PIBG

Penyampaian Plague Perkhidmatan oleh 
Tn Hj Azman B. Mashuri, PPD Sabak Bernam

Ucapan yang diraikan

GB bersama Tn Hj Akhbar

GB bersama Cikgu Suhaimi

Cikgu SKTR yang naik pangkat

GB bersama En Saari

GB bersama Cikgu Aziah

GB bersama Cikgu Azli

Gb bersama Cikgu Amran

GB bersama Cikgu Kamal

GB bersama Tn Hj Salleh

Flower girl bersedia

En ZoolFazli menulis buku pelawat

Antara jemputan yang tiba

Emcee yang berkaliber

Persembahan murid

AJK Pa Sistem & Multimedia

Menjamu selera

Antara tetamu jemputan

Hidangan buffet

Menulis buku ucapan

Foto kenangan

Persembahan guru-guru