September 07, 2016

Perkhemahan PPKI Peringkat Daerah Sabak Bernam

Pada 30 Ogos yang lalu, murid PPKI telah mengikuti satu program perkhemahan Unit Beruniform anjuran Unit Ko-kurikulum PPD Sabak Bernam. Program ini dijalankan bagi memberi ruang dan peluang kepada murid-murid PPKI menjalani pengalaman berkhemah dalam suasana merdeka. Murid yang dipilih adalah murid yang boleh berdikari dan urus diri dengan baik. Juga murid boleh memahami arahan ringkas yang diberi oleh Kem Komandan.

Bertempat di Pusat Kecemerlangan PPDSB, program ini mengambil masa selama 2 hari 1 malam. Acara pada sebelah siangnya seperti pemasangan khemah, pembahagian kumpulan, stesyen pembelajaran dan juga latihan malam kebudayaan.

Pada sebelah malam pula, acara malam kebudayaan dibuat. Dan acara kemuncak ialah menanti detik 12.00 tengah malam iaitu detik kemerdekaan tanggal 31 Ogos. Merdekaaa !!!

Murid berkemas dan pulang pada keesokannya pada jam 9.00 pagi.

Foto sekitar perkhemahan :

Pembahagian kumpulan

Kem komandan memberi arahan

Murid bersama Tuan Asri

Bersama guru pengiring

Puan Junaidah turun padang

Aktiviti di dewan 


Jumpa kawan lama katanya

Stesyen tali- ikatan dan Simpulan

Berbaris mengikut kumpulan

Barisan GPK dan guru PPKI

Sambutan Detik Kemerdekaan