September 07, 2016

Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SKTR 2016

Pada tanggal 30 Ogos yang lalu, satu majlis sambutan Bulan Kebangsaan sempena Merdeka telah diadakan. Selaras dengan semangat patriotik yang seringkali diterapkan kepada sanubari murid-murid SKTR, majlis ini adalah sebagai simbolik sambutan tersebut.

Majlis sambutan ini juga sebagai memuliakan bulan kebangsaan supaya majlis ini menjadi pengalaman yang berharga buat murid-murid. Terdapat acara pemeriksaan perbarisan oleh Tuan Guru Besar terhadap murid yang terlibat kawad kaki. Seterusnya murid menyanyikan 5 buah lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Sehati Sejiwa, Tanggal 31 dan juga Saya Anak Malaysia.

Selepas itu murid-murid bergerak ke Makmal komputer sekolah untuk menonton video yang bertajuk "Pengrekrutan Komando Malaysia". Video ini telah pun ditayangkan di saluran Astro History yang mengisahkan tatacara pemilihan komando Malaysia dari segi mental dan fizikal.

Foto sekitar majlis :


Pemeriksaan barisan kawad oleh Tuan GB

Ketua Murid memberi arahan

Sedondon hijau :)

Doa dipohon kepada Ilahi agar majlis lancar

Semangat merdeka - Brooch pun istimewa

Istiadat akan dimulakan

Pemeriksaan barisan kawad

Mengaminkan doa

Semua murid terlibat