Pada 5 & 6 November lalu, Badan Kebajikan SKTR atau dikenali sebagai BAKSTER telah berjaya menganjurkan Family Day selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Pangkor Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak. Seramai 30 orang ahli berdaftar bersama ahli keluarga masing-masing telah turut serta menjayakan family day pada kali ini. Jumlah peserta pada kali ini ialah 60 orang jika tidak silap.
Berikut adalah tentatif sepanjang Family day tersebut:
Sabtu 05112016
10.00 pagi - Berkumpul di Masjid Jamek Sabak Bernam
10.30 pagi - konvoi ke Marina Island Jetty
12.30 tghr - Makan Tengah hari
2.00 petang - Menaiki Feri ke Pulau Pangkor
2.15 petang tiba di Pulau Pangkor
2.30 petang - Check in Hotel (Purnama Beach Resort)
5.00 petang - Sukaneka
8.00 malam - Acara Makan Malam
10.30 malam - Bersurai
Ahad 06112016
- Aktiviti Bebas
12.00 tghr - Check out hotel
Alhamdulillah majoriti peserta tiba di hotel dan dapat melepaskan penat seketika sebelum acara sukaneka. Namun begitu ada yang tidak sempat berehat kerana anak-anak dah nampak kolam pool dan minta berendam sambil bermain air. jadi kenalah ibubapanya turut serta paksa dalam rela. Janji anak happy. Dan memang pada kali ini anak-anak gemar berendam tidak kira yang kecil atau yang besar.
Sukaneka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di tepian pantai nan indah terpaksa diubah ke padang hotel berikutan ombak besar dan mengganas membadai. Begitulah juga pendapat penduduk di situ aktiviti di tepi pantai tidak sesuai dijalankan atas faktor keselamatan semua. Biarpun kecewa namun pengisian tetap meriah dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan.
Terima kasih diucapkan kepada AJK BAKSTER yang telah mendapatkan tajaan berupa hamper snek makanan laut daripada Jamilah Seafood. Hamper-hamper tersebut telah diberikan kepada para pemenang cabutan yang telah diadakan. Penaja juga berbesar hati untuk menjemput semua peserta untuk singgah di kedainya di Lumut untuk membeli belah sebelum pulang ke Sabak Bernam. Ramai juga yang singgah membeli termasuklah admin sendiri. Hehe.
Semoga ikatan ukhuwah dan silaturrahim antara kita terus teguh dan dan kukuh sehingga bila-bila. Biarpun berpisah tempat bertugas mahupun bersara, namun ingatan dan kenangan tetap terpahat di hati. Kenagan di SKTR kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan.
Enjoy foto-foto di bawah:
Semua ahli dapat car sticker freeeee
Cikgu Lia & family. Baby baru tau, Fatninnn
Suasana dalam feri
Padang untuk sukaneka
Swafoto oleh Cikgu Khalek
dan..sukaneka bermula, yess
Taklimat ringkas oleh cikgu yang dapat nak main sama
(Cikgu Annas..sabo ye Nas)
Acara passing rubber band guna straw di mulut
Komen : Hati-hati jangan ter"kiss" straw kawan yee
Acara tiup belon dan pecahkan belon
Komen : Seronok bila yang ada yang fobia nak
pecahkan belon. Kelakar mak hang.
Hamper untuk semuaa
Anak dan mak berganding bahu
komen : Kak Noreen macam dah biase je ye
Tiup belon sampai pecah
Komen : "Saya takottt"
Acara "Kau pijak belon aku, aku serang belon kauuu"
komen : Taktikal dan propaganda diperlukan :)
Peserta yang tak masuk acara tapi dah penat. Itu
yang duduk je tu. Hahaha
anak sapa ni yeee teror tu
tiup jangan tak tiup
acara makan malam
Acara Indoor Games - Teka teki paling susah di dunia
Mak-mak tunggu anak main air. Muka penat kesian
Soruu di petang hari
2 pinggan makan? Selalu 3 pinggan :)
En Mail kena baby sitter pulak. Xdapat join sukaneka
anak sape ni comeynye
santai tengok sukaneka
mak buyung dapat hadiah
Kak Yatt pun dapat lucky draw
Shakirin senyum tau
Aqil nanti kongsi ye
Abah dah doa tadi. Kan dapattt
Persembahan bersama Cikgu Khalek dan Cikgu Mat Jidin
yang dijemput khas. TQ Cikgu !!
Nabila pon dapatt. Abah nak juga tau
Little Farhan dapat yeaaaayyy
Control ayu. Mak buyung juge nih
Cikgu Khalek sampaikan hamper pada pemenang
Sukaneka 1
Suasana di dewan makan
Encik Emcee pon dapat lahhh
Kak Maliza its your luckk
Cikgu Khalek sampaikan hamper pada pemenang
Sukaneka 2
Cikgu Khalek menyampaikan hadiah pada pemenang
Sukaneka 3 En Sudarta yang penuh semangat
Irshad yang bertuah
Kak June dan hubby berjalan-jalan di pagi hari
Kak June menyampaikan hadiah kepada Ust Fauzi
Anuar menang lagi la
Abg Hatta pun menang lagi
Kak June menyampaikan hadiah untuk Cikgu Khalek
Hadiah perpisahan buat Kak Aziah daripada BAKSTER
Hadiah daripada PPKI
Mantan GB menyampaikan hadiah kepada pemenang
sukaneka kanak-kanak
Hadiah perpisahan daripada rakan-rakan bilik guru
saya menang katanya
Hadiah perpisahan Kak Aziah daripada pihak pentadbir
Hadiah buat Sara
Meja VIP
Agenda makan malam
Emcee of the night
Segak dan bergaya nampaknya
Waktu pulang
Dah naik feri
Sedih nak tinggalkan Pangkor
Eh ada posing dari belakang lah
Dek atas feri. Ramai orang ambil angin
Dah abis shopping